Perkhidmatan pengangkutan awam

Alhamdulillah ni merupakan kali kedua aku gunakan fasiliti Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan aka TBS-BTS. Fasiliti yang cukup gah dan sesuai untuk future planning. Dulu aku tak amik kisah sangat pun pasal pembinaan TBS sebab laluan aku hanyalah KLIA Ekspress ke BTS then naik komuter atau LRT. Tapi sejak duduk Pahang, kerap juga menggunakan laluan tambahan terutamanya di TBS.

Bagi sesiapa yang tak pernah sampai TBS, mungkin akan sedikit kekok dan mungkin juga akan impress dengan facade bangunan ni. Boleh diakses menggunakan ketiga-tiga jenis tren yang ada dan juga public transport lain.

Kemudahan yang disediakan memang kelas pertama. Siap dengan aircond dan seat yang banyak disamping ada trolley barang. Ruang menunggu yang tiada bau asap bas memang nice giler.

Bila aku berkesempatan tour Perth by public transport baru ni, aku dapati rupanya perancangan dan juga pelaksanaan yang sedang dijalankan oleh kerajaan memang ke arah pemodenan. Aku menggunakan bas dan tren di Perth dan aku dapati stesen Perth mirip macam TBS

image

Stesen Perth merupakan stesen tren yang diintegrasikan dengan bas dalam bandar.

Surat Terbuka Kepada Yang Berkhidmat

Assalamualaikum dan salam hormat Yang Berkhidmat.

Moga Yang Berkhidmat berada dalam keadaan aman sentosa hendaknya dengan tugasan dan tanggunjawab yang dipikul. Adapaun tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyampaikan luahan rasa kepada Yang Berkhidmat dan juga rakan-rakan Yang Berkhidmat samada yang sedang menjalankan tampuk pemerintahan atau yang membangkang di peringkat negeri atau negara.

Yang Berkhidmat,

Pertamanya saya mengharapkan agar selama 4 tahun Yang Berkhidmat menjadi wakil kepada kami di peringkat DUN atau Parlimen, Yang Berkhidmat telah setidak-tidaknya sekali menjengah semua ceruk. Andaikata belum, masih sempat ada masa lagi selagi belum pembubaran kabinet.

Janganlah ketika berkempen dulu je Yang Berkhidmat acapkali turun dan lepas mengangkat sumpah langsung kami ditinggalkan. Andaikata YA, besarlah harapan kami agar Yang Berkhidmat tidak mewakili kami lami di penggal hadapan.

Keduanya, sepanjang penugasan Yang Berkhidmat kepada kami yang memilih Yang Berkhidmat; ada tak Yang Berkhidmat telah pastikan adanya usaha untuk mengubah kelemahan yang dikenalpasti dulu. Contohnya, kalau 4 tahun lepas ada 200 keluarga miskin tegar, tapi kini Yang Berkhidmat telah memastikan agensi yang ada berjaya mengurangkan jumlah berkenaan.

Takpe, jangan risau kalau takde sebab Yang Berkhidmat masih ada masa untuk membantu mereka ini. Setakat hulurkan sumbangan one off tu takde la sangat kesannya sebab saya berpandangan mereka perlu diberikan pancing untuk memancing. Asyik bagi ikan je tak jadi kerja Yang Berkhidmat.

Berikutnya, saya tak sempat nak semak kehadiran Yang Berkhidmat sepanjang dewan bersidang. Kami mengharapkan Yang Berkhidmat hadir paling tidak 80% dari masa sidang. Jangan risau kalau kurang hadir dewan tak bermakna Yang Berkhidmat tak kerja, kita bersangka baik Yang Berkhidmat ada menjengah kawasan pada tarikh berkenaan.

Bukan apa Yang Berkhidmat, kami ni mengundi untuk Yang Berkhidmat menyampaikan hasrat dan suara kami. Kalau setakat mengaku jadi wakil kepada kami tapi takde sebarang usul hasil yang boleh dibawa, Yang Berkhidmat sendiri boleh faham kan?

Kami faham kadang-kadang Yang Berkhidmat saja je dalam dewan timbulkan isu atau bertekak macam anak-anak. Takpela, mungkin itu cara Yang Berkhidmat. Yang paling penting apa yang orang kawasan jagaan Yang Berkhidmat mohon diusulkan, sampai ke pengetahuan dewan.

Cumanya kadang-kadang rasa dangkal juga bila kami melihat ada yang terlalu kebudak-budakan. Rasanya Yang Berkhidmat macam ni boleh la kami timbangkan untuk ditolak.

Yang Berkhidmat,

Saya hentikan surat saya disini dahulu sebab ada urusan lain. Nanti saya akan mengutuskan surat lagi kepada Yang Berkhidmat. Semoga Yang Berkhidmat dapat kepercayaan lagi untuk membantu kami.

Sekian, salam hormat.

Daripada pemilihmu.

Mencari hobi

Sebenarnya aku takde hobi yang spesifik selain daripada mengumpul buku dan membaca. Kadang-kadang terasa cemburu tengok hobi kawan-kawan yang bagai-bagai.
Selain membaca, hiking merupakan minat aku.
Tapi kurangkan hiking sekarang nak bagi masa kat anak-anak.

Setakat ni rasanya hobi yang betul-betul merapatkan kami anak beranak adalah membaca dan juga radio control hehe
Ada gak terfikir nak berbasikal, tapi bila memikir bujang dua orang tu nak ikut, kesian lak kat mereka.

balik-balik scam

 
Salam,

Saya Noor Hazna Binti Jalajuddin, saya bekerja sebagai Pegawai Pemasaran dengan Syarikat Gemstones Pemprosesan Batu permata di England. Saya ingin memperkenalkan anda kepada peluang perniagaan ini. Saya memerlukan bantuan dari anda yang akan memberi manfaat kepada kita berdua. Saya menghubungi anda kerana saya tidak mahu kehilangan kontrak ini yang disediakan oleh syarikat di tempat saya bekerja kerana kita berdua akan mendapat keuntungan yang baik daripada perniagaan ini pada masa sekarang dan pada masa depan yang akan datang. Itulah sebabnya saya meminta anda untuk menjadi pembekal kepada syarikat kami supaya kita boleh mengambil kesempatan pada peluang-peluang yang ada di syarikat ini.

Pada masa ini, syarikat kami perlu tiga tahun pembekal tetap produk yang dikenali sebagai (LARIMAR STONE) iaitu digunakan untuk membuat rantai, gelang tangan, perhiasan pada jam tangan dan sebagainya.

Pembekal asal produk ini adalah dari (Malaysia) dan bekas pembekal produk ini kepada syarikat kami telah tamat kontrak dan syarikat kami sedang mencari mana-mana orang lain yang boleh mendapatkan bekalan (Larimar Stone) dalam kuantiti yang banyak supaya dapat memenuhi permintaan pengguna kami dan bergabung dalam perkongsian dengan syarikat ini pada masa sekarang. Sebab utama mengapa saya menulis kepada anda untuk mencari minat anda dan mendapatkan bantuan, saya hanya mahu anda untuk bertindak sebagai ejen perantara (penjual produk di Malaysia dan pembeli) kepada (syarikat kami). Ini adalah perniagaan besar, yang akan memberi dividen yang baik kepada kita berdua. Saya hanya perlu kerjasama anda untuk membuat perniagaan ini berjaya.

Saya akan memberikan anda maklumat lebih lanjut lagi mengenai perkara ini jika anda bersedia untuk berdiri sebagai agen untuk membekalkan produk kepada syarikat kami. Pertama, saya akan mendapatkan satu perjanjian kontrak untuk anda sebagai pembekal kepada syarikat di mana saya bekerja. Berdasarkan peratusan, asalnya harga pembelian sebenar bahan batu ini oleh syarikat per kg adalah kira-kira ($5,500.00USD) manakala di Malaysia harga jualan tempatan ($2,700.00USD) dan syarikat kami tidak perlu kurang daripada 300Kg. Sebab mengapa saya mahu anda untuk menjadi ejen kami adalah untuk menjadi pautan yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secara langsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan dikongsi oleh kita berdua sebanyak 50% kepada anda manakala 50% kepada saya. Bantuan utama anda bagi saya hanya untuk anda bercakap dengan pengarah syarikat kami bahawa anda boleh membekalkan syarikat produk dan juga secara terperinci dari segi harga dan cara pembayaran maka kita boleh mengambil dari sudut itu.

Sila maklumkan kepada saya dengan segera selepas anda menerima e-mel saya jika anda berminat dan bersedia untuk melakukan perniagaan dengan saya supaya saya boleh memberi anda contact penjual tempatan di Malaysia supaya anda boleh menghubungi mereka untuk meminta jika mereka mempunyai produk ini dalam stok untuk membekalkan kepada anda, Sebelum syarikat kami menghantar pengurus pembelian turun ke Malaysia untuk membeli produk daripada anda secara langsung. Ingat (jujur) adalah kunci kepada setiap kejayaan dalam perniagaan. Terima kasih di atas kerjasama anda. Saya menunggu jawapan dari anda.

Salam,

Noor Hazna Binti Jalajuddin.